Friday, January 11, 2019


(9) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Nama Guru
Siti Nur Solehah binti Adenan.
Mata Pelajaran
Ibadat darjah 2.
Kelas
As-Saffat.
Tarikh
8 Ogos 2018.
Masa
2:30 – 3:30 petang.
Bilangan
20 orang.
Tajuk
Solat.
Kemahiran
Mendengar, bersoal jawab, berkomunikasi.
Kaedah
Simulasi, tunjuk cara, pembelajaran masteri.
Pengetahuan Sedia Ada
Pelajar telah mendapati mengukur tahap pengetahuan mereka dengan solat yang betul.
Hasil Pembelajaran
1)  Tahukah menyebut lafaz solat dengan betul.
2) Bilakah waktu untuk waktu solat .
3) Apakah pengertian solat yang lengkap.
Kemahiran Berfikir
Banding beza, merumus, soal jawab.
Penerapan Nilai
Yakin, rajin, tekun.
Bahan Bantu Mengajar
LCD, komputer riba, kitab, model.
















Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti PnP
Catatan
Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam dan bacaan doa belajar.

بسم الله الرحمن الرحيم . الله م افتح علينا حكمتك وانشر علينا من جزاءن رحمتك ياارحم الراحمين.

-Guru meminta murid-murid membaca doa pelajaran.
-Guru dan murid membaca bersama-sama dengan pelajar.
Nilai :
Khusyuk.
Set Induksi
(5 minit)

video
                                        


1) Apakah murid-murid lihat berdasarkan video tersebut?

Andaian jawapan :
Solat.

2) Apakah yang murid-murid faham mengenai video tersebut?

Andaian jawapan :
Bacaan ketika solat.


-  Guru menunjukkan cara cara ketika solat dan bacaan ketika solat.
- Guru bersoal jawab dengan pelajar.
- Guru menerangkan tajuk pembelajaran hari ini.
Kemahiran berfikir :
Sumbangsaran.

Strategik :
Berpusatkan guru dan bahan.

Pendekatan :
Deduktif.

Nilai :
Berani, cekap.
Langkah 1
(7 minit)
Pengertian solat :
 Bahasa : doa.

Istilah :sebut perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiratulihram dan disudahi dengan salam.

Hukum :
Wajib.
- Guru menerangkan tentang pengertian solat kepada pelajar.
- Guru menjelaskan hukum solat.
Strategik :
Berpusatkan guru dan bahan.


Pendekatan :
Induktif.

Teknik :
Pembelajaran masteri.

Aktiviti :
Mendengar dengan fokus.

Langkah 2
(6 minit)
Waktu solat fardu :
Asar
Zohor
Magrib
Isyak
Subuh
- Guru meminta pelajar membahagikan kumpulan kepada empat .
- Guru menyuruh pelajar duduk dalam kumpulan bincangkan mengenai waktu solat ini.
- Guru hendak pelajar bentangkan mengikut kumpulan masing-masing.
Kemahiran :
Menulis, Komunikasi

KBKK :
Perbincangan antara kumpulan ini akan mengeluarkan satu idea yang bernas.

Strategik :
Berpusatkan guru, murid, bahan dan tugasan.
Langkah 3
(5 minit)
Syarat-syarat wajib solat :

Islam
Baligh
Berakal
Sejahtera jasmani
Berkeadaan sedar
Suci daripada haid dan nifas.
- Guru akan menerangkan kepada pelajar tentang syarat wajib solat secara perbincangan.
- Guru akan memberi contoh semasa sesi pengajaran itu berlangsung.
Kaedah :
Tunjuk cara.

KBKK :
Murid-murid akan menggunakan fikiran untuk mengenal syarat-syarat wajib.

Alat Bantu Mengajar :
Slide, komputer riba, LCD.
Penutup
(5 minit)
Solat adalah tiang agama kepada umat islam maka kita perlu wajib menunaikan lima waktu sehari.
- Guru akan merumus segala isi pembelajaran pada hari itu sebelum  tamat sesi pembelajaran.
KBKK :
Guru memberi segala input-input yang ada untuk memberi kefahaman kepada pelajar.

Alat Bantu Mengajar :
Slide, komputer riba, LCD.

Catatan refleksi : saya rasa bersyukur sangat kerana pembelajaran hari ini berjalan dengan lancar. Dengan itu saya rasa sangat seronok kerana pelajar semua dapat kawal diri ketika berlakunya perbincangan. Tiada sebarang berlaku masalah ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

Ulasan pensyarah guru pemimbing :
Disediakan oleh :                                   Disahkan oleh :

(                                )                             (                                                     )

No comments:

Post a Comment