Friday, January 11, 2019

10 RPH INDIVIDU IBADAT DARJAH 2 (QADA' HAJAT)


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN IBADAT DARJAH 2

NAMA GURU  :
 1) NUR ALIAH NAJIHA BINTI MOHD FUAD
MATA PELAJARAN : IBADAT (DARJAH 2)
KELAS : 2 IBNU SINA
TARIKH : 2 DISEMBER 2018
MASA : 2.30PM-3.30PM
BILANGAN : 20 ORANG
TAJUK : QADA’ HAJAT
KEMAHIRAN : MEMBACA, MENDENGAR, MENULIS, BERKOMUNIKASI,BERFIKIR
KAEDAH : TAYANGAN VIDEO
PENGETAHUAN SEDIA ADA :
1)      MEMAHAMI MAKSUD QADA’ HAJAT
2)      ADAB-ADAB QADA’ HAJAT
HASIL PEMBELAJARAN :
1)      ISTILAH QADA’ HAJAT DAN TUJUAN QADA’ HAJAT
2)      MENGETAHUI PERKARA-PERKARA SUNAT, MAKRUH DAN HARAM KETIKA QADA; HAJAT
KEMAHIRAN BERFIKIR : SOAL JAWAB, MERUMUS, MEMBANDING BEZA DAN BERFIKIR
PENERAPAN NILAI : DISIPLIN DAN TOLONG MENOLONG
BAHAN BANTU MENGAJAR : KITAB, KOMPUTER RIBA, LCD, BUKU SKRAP

MASA/ LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
(2min)
Bacaan doa belajar
1) Guru meminta murid untuk membaca doa belajar dengan betul dan lancar.
2) Murid-murid membaca doa beserta bimbingan guru
Nilai :
Khusyuk dan patuh
Set induksi
(3min)
(Tayangan video kartun masuk ke tandas)
1) Guru bertanya apa yang murid faham mengenai video itu.
2)Menjelaskan tajuk yang akan dipelajari pada hari ini.
Kemahiran berfikir :
1)Membuat pemerhatian

Nilai :
1) Patuh
2) Taat

Strategi pusatkan bahan

BBM :
1) video
Langkah 1
(5min)

Pengertian qada’ hajat


      1)            Guru menerangkan maksud qada’ hajat dari segi Bahasa dan istilah.
      2)            Guru menjelaskan tujuan hajat.
Bahan bantu mengajar :
1) gambar rajah

Strategi :
Berpusatkan bahan

Nilai : Khusyuk, berdisiplin dan taat.
Langkah 2
(7min)

Adab qada’ hajat
1)      Guru menerangkan beberapa perkara sunat, makruh dan haram bagi oran yang hendak melakukan qada’ hajat.
2)      Guru menjelaskan kepada murid sebagai orang Islam, hendaklah melakukan perkara-perkara yang sunat dan menjauhkan perkara-perkara yang dilarang.
Bahan bantu mengajar :
1) gambar rajah

Strategi : Berpusatkan bahan

Nilai : Khusyuk, berdisiplin dan taat.
Langkah 3
(5min)

Perkara-perkara sunat qada’ hajat
1)      Guru meminta murid bersama-sama membaca di buku teks.
2)      Guru memberi contoh bagaimana hendak menutup kepala, memakai selipar, mengajar cara membaca doa sebelum dan selepas ke tandas dan mengingatkan murid agar melangkah masuk ke tandas dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan.


Bahan bantu mengajar :
1) Gambar rajah

Strategi : Berpusatkan bahan

Nilai : Khusyuk, berdisiplin dan taat.
Penilaian
(5min)

Aktiviti penilaian berdasarkan isi pelajaran :

1) Menutup kepala ke tandas adalah perkara ____.

2) Masuk ke tandas dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki _____.
1) Guru membuat aktiviti soal jawab  kepada pelajar

2) Guru bersoal jawab dengan murid menggunakan aktiviti mengisi tempat kosong.
Bahan bantu mengajar :
1) Lembaran kerja

Strategi berpusatkan murid

Nilai : Berdisiplin, patuh, taat
Penutup
(3min)
Rumusan isi apa yang dipelajari.
1) Guru membuat rumusan mengenai tajuk qada’ hajat.
2) Menyatakan kefahaman murid mengenai topik yang dipelajari.
Kemahiran :
1) Rumusan
2) berdaya saing

Strategi berpusatkan murid dan guru

Catatan refleksi : Kami sangat bersyukur dan berasa sangat berpuas hati dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Hal ini kerana, ramai pelajar yang menumpukan sepenuh perhatian mereka sebaik sahaja saya ingin memulakan pelajaran. Mereka sangat tertarik untuk belajar membuatkan saya seronok. Namun penambahbaikan pedagogi saya akan perbaiki dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment