Friday, January 11, 2019


(8) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN.
Nama Guru                        
Siti Nur Solehah binti Adenan.
Mata Pelajaran
Ibadat darjah 2.
Kelas
As-Saffat.
Tarikh
20 Julai 2018.
Masa
2:30 – 3:30 petang.
Bilangan
20 orang.
Tajuk
Iqamat.
Kemahiran
Berfikir, pemudahcara, komunikasi dan pandang dengar.
Kaedah
Simulasi , pembelajaran masteri, sumbangsaran.
Pengetahuan Sedia Ada
Pelajar dapat mengukur tahap pengetahuan mengenai tentang iqamat dilakukan selepas azan dan sebelum melakukan solat Jemaah.
Hasil Pembelajaran
1) Tahukah pelajar-pelajar tujuan iqamat dilakukan untuk apa?
2) Tuliskan lafaz iqamat dan ertinya sekali.
3) Tuliskan hukum bagi iqamat.
Kemahiran Berfikir
Soal jawab, merumus, perbandingan.
Penerapan Nilai
Khusyuk, disiplin, taat, fokus.
Bahan Bantu Mengajar
Kitab, LCD, komputer riba, video iqamat.















Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti PnP
Catatan


Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam dan bacaan doa.
بسم الله الرحمن الرحيم. الله م افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزاءن رحمتك ياارحم الراحمين.
- Guru meminta murid-murid membaca doa pelajaran.
- Guru dan murid membaca bersama-sama doa pelajaran.
Nilai :
Khusyuk








Set Induksi
(5minit)

Video iqamat
                                              



1) Apakah yang pelajar-pelajar lihat dan dihadapan.

Andaian jawapan :
Azan/iqamat.

2) Tahukah ketika bila iqamat dibaca?

Andaian jawapan :
Selepas azan/ sebelum solat Jemaah.

- Guru membuka video yang dilakonkan oleh seorang pelajar yang terpilih untuk menjadi pelakon dalam video tersebut.
- Guru bersoal jawab dengan pelajar apa yang pelajar dapat selepas tonton video tersebut.
- Pelajar akan menjawab berdasarkan pengetahuan.
- Guru akan mengaitkan video tersebut dengan tajuk pembelajaran pada hari ini.
Kemahiran berfikir :
Sumbangsaran.

Strategik :
Berpusatkan murid dan berpusatkan bahan.

Pendekatan:
Deduktif

Nilai :
Berani, yakin, fokus dan bersemangat

Langkah 1
(7 minit)
Tujuan dan Iqamat :
Meminta Jemaah bagun bagi melaksanakan solat.
Hukum iqamat :
Sunat mua’akad.

 - Guru menerangkan terlebih dahulu megenai tujuan bagi iqamat.
- Guru akan menjelaskan hukum iqamat adalah sunat mua’akad sama seperti azan.
Strategik :
Berpusatkan guru dan bahan.

Pendekatan :
Induktif.

Teknik :
Pembelajaran masteri.

Aktiviti :
Senyap dan fokus.

Kemahiran :
Murid dapat memahami dengan baik apa yang guru sampaikan.

Alat bahan mengajar :
Kitab, video tujuan iqamat, komputer riba, LCD dan pembesar suara.






Langkah 2
(6minit)
Lafaz iqamat dan ertinya.
- Guru membuka slide tertera lafaz iqamat pada papan putih.
- Guru akan melaungkan terlebih dahulu lafaz iqamat ini dan diikuti oleh pelajar.
- Guru memanggil seorang pelajar daripada kalangan pelajar yang lain dan pelajar tersebut untuk melaungkan iqamat.
- Pelajar yang lain ikut dan bacakan erti iqamat bersama-sama.
- Guru akan membandingkan laungan azan dan iqamat adalah berbeza.
Kemahiran :
Pelajar dapat mengetahui tentang tujuan iqamat yang sebenar.

KBKK:
Pengajaran masteri,pengajaran model, tunjuk ajar melaungkan azan dengan sempurna.

Strategik :
Berpusatkan guru, berpusatkan bahan, berpusatkan murid.

Langkah 3
(5minit)
Doa selepas azan dan iqamat :

- Guru mebacakan terlebih dahulu doanya kemudian diikuti oleh pelajar.
- Guru akan menerangkan bahawa doa ini perlu dibaca selepas azan dan selepas iqamat.
- Doa ini pelajar perlu terapkan dalam diri supaya ingat doa ini dan bila diamalkan akan mendapat pahala.
- Pelajar ini akan ikut sekiranya ibu bapa terapkan dirumah.

Kaedah :
Tunjuk cara dan aplikasi.

KBKK :
Mahir membaca doa ini dalam bahasa arab.

Alat bantu mengajar :
Komputer riba, slide, LCD dan kitab.
Penutup
(3minit)
Iqamat ini akan dilafazkan sebelum melakukan solat secara berjemaah.
- Beberapa murid diminta untuk mengulangkan apa yang mereka dapat sepanjang proses PnP ini.
- Guru akan merumus dengan lebih padat dan ringkas.
KBKK :
Merumus isi pembelajaran.

Nilai :
Berkerjasama antara satu sama lain di dalam kelas.









































































































































Catatan refleksi : saya berasa bersyukur kerana pembelajaran hari ini sangat menyeronokkan kerana pada pandangan saya semua murid memberikan penuh perhatian sepanjang proses mengajar. Walaupun, ada beberapa masalah teknik tetapi dapat diatasi dengan segera. Saya sangat berasa berpuas hati. Oleh itu, saya akan memperbaiki kesalahan saya di masa akan datang.

Ulasan pensyarah guru pemimbing :

Disediakan oleh :                                            Disahkan oleh :
(                                 )                                (                                              )


No comments:

Post a Comment