Friday, January 11, 2019


(6) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Nama Guru
Siti Nur Solehah binti Adenan.
Mata Pelajaran
Ibadat darjah 2.
Kelas
As-Saffat.
Tarikh
20 Mei 2018.
Masa
2:30 – 3:30 petang.
Bilangan
20 orang.
Tajuk
Iqamat.
Kemahiran
Mendengar, komunikasi, soal jawab, menulis.
Kaedah
Simulasi, tunjuk cara, pemudahcara.
Pengetahuan Sedia Ada
Pelajar telah mendapati pengetahuan mengenai iqamat.
Hasil Pembelajaran
1) Tahukah murid-murid iqamat tujuan untuk apa?
2) Tuliskan lafaz iqamat dan ertinya sekali.
3) Tuliskan hukum bagi iqamat.
Kemahiran Berfikiran
Soal jawab, merumus, menyelesaikan masalah.
Penerapan Nilai
Menumpukan perhatian, yakin.
Bahan Bantu Mengajar
LCD, komputer riba, slide, video.














LANGKAH/MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PnP
Catatan
Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam dan bacaan doa belajar.

بسم الله الرحمن الرحيم . الله م افتح علينا حكمتك وانشر علينا من جزاءن رحمتك ياارحم الراحمين.

-Guru meminta murid-murid membaca doa pelajaran.
-Guru dan murid membaca bersama-sama dengan pelajar.
Nilai :
Khusyuk.











Set Induksi
(5 minit)
                      



1) Apakah yang murid faham mengenai perbualan antara guru dan murid tersebut?

Andaian jawapan :
Bertanya mengenai wudhu.

2) Tahukah apa kaitan perbualan itu dengan tajuk pembelajaran kita pada hari ini?

Andaian jawapan :
Tidak.

- Guru melakukan simulasi ialah mainan peranan berlkon secara spontan.
- Guru berdialog dengan pelajar bertanya mengenai apa perkara-perkara yang mendatangkan batalnya wudhu’ pada seseorang itu.
- Guru bersoal jawab dengan murid apa yang murid dengar dan faham mengenai perbualan itu.
- Murid menjawab soalan itu dengan cepat.
Kemahiran Berfikir :
Berbincang.

Strategik :
Berpusatkan guru, bahan dan tugasan.

Pendekatan :
Deduktif.

Nilai :
Berani, berfikiran terbuka.
Langkah 1
(7 minit)
Perkara-perkara yang membatalkan wudhu’ :
1) Keluar benda daripada qubul atau dubur seperti air kencing, tahi, kentut, darah dan lain.
2) Tidur yang tidak tetap punggung.
3) Hilang akal dengan sebab mabuk, pitam, gila atau sakit.
4) Bersentuhan kulit lelaki dan perempuan yang halal nikah dengan tiada berlapik sama ada sengaja atau tidak.
5) meyentuh qabul dan dubur manusia dengan tapak tangan atau perut jari sama ada sengaja atau tidak. 
- Guru menerangkan satu per satu mengenai perkara-perkara yang membatalkan wudhu ini.
- Guru menyuruh pelajar baca sehingga faham.
- Guru membahagikan kepada dua kumpulan untuk pelajar bincangkan apa yang faham.
- Setiap kumpulan akan membentangkan tajuk yang mereka dapat.
- Guru menggunakan slide untuk tajuk da nisi pelajaran yang dipelajari pada hari ini.
Strategik :
berpusatkan murid, bahan dan guru.
Pendekatan :
Deduktif.

Teknik :
Berbincang.

Aktiviti :
Kerja kumpulan.

Kemahiran :
Pelajar dapat faham tajuk dan apa yang dikatakan wudhu sehingga batal.

Alat Bantu Mengajar :
Komputer riba, LCD, kitab.
Langkah 2
(6 minit)
Perkara-perkara makruh ketika berwudhu’ :
1) Mengunakan air dengan berlebihan.
2) Membasuh anggota wudhu’ lebih tiga kali.
3) Mendahulukan anggota sebelah kiri.
4) Bercakap ketika berwudhu’
5) Mengeringkan air wudhu’ dengan megelap atau seumpamanya.
- Guru menjelaskan satu demi satu untuk beri kefahaman buat pelajar.
- Guru membuat bandingan antara perkara yang membatalkan dengan perkara-perkara yang makruh supaya pelajar dapat bezakan.
- Guru akan pasti yang semua murid-murid dapat segala apa yang dipelajari pada hari ini.
Kemahiran :
Mendengar, berkomunikasi.

KBKK :
Murid-murid dapat memahami segala isi pembelajaran hari ini.
Strategik :
Berpusatkan bahan dan guru.

Langkah 3
(7 minit)
Membuat kuiz :
1) Perkara yang membatalkan wudhu’.
- Senaraikan tiga perkara yang boleh membatalkan .

2) Perkara makruh ketika berwudhu’.
- Tuliskan tiga perkara yang makruh ketika berwudhu.
- Guru memberi arahan kepada pelajar.
- Guru memberikan masa kepada pelajar untuk berbincang setelah guru memberikan soalan.
- Guru pastikan murid menjawab dengan cepat.
Kaedah :
Pemudahcara.

KBKK :
Pelajar dapat segala isi pembelajaran pada hari ini.

Alat Bantu Mengajar :
Slide, LCD, komputer riba, kitab, kertas kosong.
Penutup
(5 minit)
Menyebutkan semula segala pembelajaran yang diajarkan sebentar tadi.
- Guru akan merumuskan semula dengan ringkas dan padat.
KBKK :
Guru menggunakan bahsa yang ringkas dan padat mengenai tajuk pembelajaran itu.


Nilai :
Berfikiran terbuka, mengambil berat.


Catatan refleksi : saya berasa sangat bersyukur kerana pembelajaran hari ini berjalan dengan lancar. Walaupun ada kekurangan dari segi penyampaian tetapi di atasi dengan segera dan slide ada yang kabur. Saya berharap selepas ini saya memperbaiki kesalahan saya di masa akan datang. Alhamdulillah saya berpuas hati kerana pelajar di dalam kelas ini memberikan kerjasama yang begitu baik.

Ulasan pensyarah guru pemimbing :
Disediakan oleh :                                            Disahkan oleh :

(                                                 )                  (                                                    )

No comments:

Post a Comment