(5) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Nama Guru
|
Siti Nur Solehah
binti Adenan.
|
Mata
Pelajaran
|
Ibadat darjah 2.
|
Kelas
|
As-Saffat.
|
Tarikh
|
6 April 2018
|
Masa
|
2:30 – 3:30 petang.
|
Bilangan
|
20 orang.
|
Tajuk
|
Wudhu’
|
Kemahiran
|
Menulis,
berkomunikasi, soal jawab, mendengar.
|
Kaedah
|
Simulasi (lakonan),
tunjuk cara, pembelajaran masteri.
|
Pengetahuan
Sedia Ada
|
Pelajar telah mengukur tahap pengetahuan mereka tentang waktu-waktu solat.
|
Hasil
Pembelajaran
|
1) Mendefinasikan
pengertian wudhu’ bahasa dan syara’.
2) Senaraikan enam
fardhu wudhu’ dengan mengikut urutan.
3) Senaraikan tujuh
sunat ketika berwudhu’.
|
Kemahiran
Berfikir
|
Bincang, soal jawab,
menakul, merumus.
|
Penerapan
Nilai
|
Khusyuk, mengambil
tahu, berusaha.
|
Bahan Bantu
Mengajar
|
Modul, komputer
riba, LCD, gambar orang sedang berwudhu, video.
|
Langkah/Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti PnP
|
Catatan
|
|
Pendahuluan
(2 minit)
|
Ucapan salam dan bacaan doa belajar.
بسم الله الرحمن الرحيم . الله م افتح علينا حكمتك
وانشر علينا من جزاءن رحمتك ياارحم الراحمين.
|
- Semua murid di dalam kelas bangun
sebagai hormat kedatangan guru masuk ke kelas.
- Guru meminta murid-murid membaca doa
belajar.
- Guru dan murid-murid membaca doa
belajar bersama-sama.
|
Nilai :
Khusyuk,hormat-menghormati.
|
|
Langkah 1
(7 minit)
|
1) Apakah yang pelajar dengar dan lihat
di papan putih tadi?
Andaian jawapan :
Orang sedang berwudhu’.
2) Tahukah masa bila kita perlu ambil
wudhu’?
Andaian jawapan :
Solat, baca al-quran.
|
- Guru akan menyuruh pelajar focus dan
dengar video dengan teliti.
- Guru akan membuka video ini selepas
pelajar bersedia untuk melihat dan duduk dalam keadaan selesa.
- Guru akan bersoal jawab selepas apa
yang ditayangkan di papan putih.
- Guru meminta pelajar untuk kongsikan
apa yang mereka dengar dan faham mengenai video itu kepada rakan yang lain.
- Guru mengaitkan video itu dengan tajuk
pembelajaran hari ini.
|
Kemahiran Berfikir :
Bincang, menyelesaikan masalah.
Strategik :
Berpusatkan guru dan bahan.
Pendekatan :
Deduktif.
Nilai :
Kerjasama, tolong-menolong, berani.
|
|
Langkah 1
(7 minit)
|
Pengertian Berwudhu :
Bahasa : mengambil air sembahyang.
Istilah : membasuh anggota-anggota
tertentu dengan air yang bersih berpandukan syarat-syarat dan rukun-rukun
tertentu dengan niat kerana Allah s.w.t.
Contoh : solat, sentuh al-quran dan
tawaf.
|
- Guru menerangkan pengertian
wudhu’ dari segi bahasa dan istilah.
- Guru akan membandingkan maksud bahasa
dan istilah adalah lain.
-guru menjelaskan secara terperinci bagi
pengertian itu.
- Guru memberikan contoh untuk
memudahkan pelajar faham.
|
Strategik :
Berpusatkan guru dan bahan.
Pendekatan :
Induktif.
Teknik :
Simulasi (lakonan).
Aktiviti :
Tunjuk cara.
Kemahiran :
Murid dapat melakukan semula apa yang
ditunjukkan oleh gurun ketika murid mengambil air sembahyang.
Alat Bantu Mengajar :
Kitab, model, LCD, komputer riba, slide.
|
|
Langkah 2
( 6 minit)
|
Fardu wudhu’ :
1) Berniat
نويت رفع الحدث الاصغر لله تعالى.
Ertinya : sengaja aku menganggkat hadas
kecil kerana Allah s.w.t.
2) Kawasan muka.
3) Membasuh kedua-dua belah tangan
hingga ke siku.
4) Menyapu bahagian kepala.
5) Membasuh kedua-dua belah kaki hingga
buku lali.
6) Tertib.
|
- Guru akan mengajar terlebih dahulu
tajuk pada hari ini.
- Guru menyuruh pelajar menghafal enam
fardu-fardu wudhu’ ini.
- Guru akan membawa pelajar ke surau
untuk mengaplikasikan fardu wudhu ini dengan sempurna.
- Guru akan mulakan dahulu dengan
memanggil seorang pelajar sebagai model.
- Murid akan mengikut apa yang rakannya
itu lakukan sehingga tertib.
|
Kemahiran :
Mendengar, pandang, ingat kembali.
KBKK :
Pelajar dapat mengaplikasikan
pembelajaran hari ini dengan melakukan wudhu’ yang sempurna.
Strategik :
Berpusatkan guru, murid, bahan dan
tugasan.
|
|
Langkah 3
(7 minit)
|
Membaca Doa Selepas Wudhu’ :
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له و أشهد أن
محمدا عبده ورسوله أللهم اجعلنى من التوابين. واجعلنى من المتطهرين. واجعلنى من
عبادك الصالحين.
Ertinya : aku bersaksi bahawa tiada
tuhan selain Allah yang maha esa, tiada sekutu baginya dan aku bersaksi
bahawa Nabi Muhammad s.a.w hambanya dan rasulnya. Ya Allah, jadikanlah diriku daripada kalangan
orang yang bertaubat, dan jadikanlah diriku daripada kalangan orang yang
bersuci dan jadikanlah diriku daripada kalangan hambamu yang soleh.
|
- Guru akan bacakan dahulu
doa selepas wudhu’.
- Guru menyuruh pelajar sebagai model
itu membacakan doa selepas wudhu’.
- Guru akan memantau pelajar sekiranya
ada kesalahan sebutan dan memperbetulkan semula bacaan doa tersebut.
|
Kaedah :
Tunjuk cara, kerja kumpulan.
KBKK :
Hendak memastikan pelajar-pelajar ini
dapat faham untuk mengambil wudhu dari permulaan hingga tertib dengan cara
meingat sahaja dan terus boleh lakukan sendiri.
Alat Bantu Mengajar :
Kitab, pamplet doa selepas wudhu’ yang
disediakan oleh guru.
|
|
Penutup
(5 minit)
|
Ulasan mengenai pembelajaran hari ini
dari pengertian hinggalah doa selepas wudhu’.
|
- Guru akan menjelaskan dan imbas
kembali tajuk yang telah dipelajari sebentar tadi.
- Guru akan merumus dengan ringkas dan
padat segala isi pembelajaran pada hari ini sebelum tamat pembelajaran.
|
KBKK :
Menggunakan kemahiran komunikasi yang
ringkas tetapi sampai kepada pelajar sehingga pelajar boleh mengaplikasikan
pada diri mereka sendiri.
Nilai :
Mengambil berat, rajin, disiplin.
|
Catatan refleksi : saya rasa sangat bersyukur kerana pembelajaran hari
ini begitu menyeronokkan disebabkan pada pandangan saya semua pelajar memberi
perhatian yang penuh sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Walaupun, ada sesetengah pelajar yang masih lagi mempunyai kefahaman yang
kurang jelas tetapi saya dah bantu pelajar tersebut untuk lakukan secara
perlahan-lahan sehingga ia benar faham. Segala kesalahan yang saya lakukan saya
akan memperbetulkan dengan segera .
Ulasan pensyarah guru pemimbing :
Disediakan oleh : Disahkan oleh
:
(
) (
)
No comments:
Post a Comment