Friday, January 11, 2019

10 RPH INDIVIDU IBADAT DARJAH 2 (ISTINJAK)


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN IBADAT DARJAH 2

NAMA GURU  :
 1) NUR ALIAH NAJIHA BINTI MOHD FUAD
MATA PELAJARAN : IBADAT (DARJAH 2)
KELAS : 2 IBNU SINA
TARIKH : 2 DISEMBER 2018
MASA : 2.30PM-3.30PM
BILANGAN : 20 ORANG
TAJUK : ISTINJAK (BERSUCI SELEPAS QADA’ HAJAT)
KEMAHIRAN : MEMBACA, MENDENGAR, MENULIS, BERKOMUNIKASI,BERFIKIR
KAEDAH : TUNJUK CARA
PENGETAHUAN SEDIA ADA :
1)      CARA BERISINJAK DENGAN BETUL
HASIL PEMBELAJARAN :
1)      MEMBACA DOA SEBELUM DAN SELEPAS MASUK KE TANDAS
2)      JENIS AIR YANG DIGUNAKAN UNTUK BERISTINJAK
KEMAHIRAN BERFIKIR : SOAL JAWAB, MERUMUS, MEMBANDING BEZA DAN BERFIKIR
PENERAPAN NILAI : DISIPLIN DAN TOLONG MENOLONG
BAHAN BANTU MENGAJAR : KITAB, KOMPUTER RIBA, LCD

MASA/ LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
(2min)
Bacaan doa belajar
1) Guru meminta murid untuk membaca doa belaajar dengan betul dan lancar.
2) Murid-murid membaca doa beserta bimbingan guru
Nilai :
Khusyuk dan patuh
Set induksi
(3min)
(Mengeluarkan bahan maujud seperti batu, air, daun kering dan kertas tisu)
1) Guru bertanyakan kepada murid apakah bahan yang dibawa oleh guru?
2) Guru menerangkan apa yang akan dipelajari padda hari ini.
Kemahiran berfikir :
1)Membuat pemerhatian

Nilai :
1)            Patuh
2)            Taat

Strategi pusatkan bahan

BBM :
1) Batu
2) Air
3) Daun kering
4) Kertas tisu
Langkah 1
(5min)


Istinjak(bersuci selepas qada’ hajat)
1) Guru menerangkan maksud istinjak secara khusus.
2) Guru menerangkan hukum beristinjak.
Bahan bantu mengajar :
1) Batu
2) Air
3) Daun kering
4) Kertas tisu

Strategi :
Berpusatkan bahan

Nilai : Khusyuk, berdisiplin dan taat.
Langkah 2
(7min)

Cara beristinjak yang afdhal
1) Guru menjelaskan bagaimana untuk beristinjak dengan lebih sempurna.
2) Guru memberi contoh bahan yang boleh digunakan bagi beristinjak
Bahan bantu mengajar :
1) Batu
2) Air
3) Daun kering
4) Kertas tisu
Strategi : Berpusatkan bahan

Nilai : Khusyuk, berdisiplin dan taat.
Langkah 3
(5min)
Adab-adab beristinjak
1) Guru membaca adab beristinjak dan murid mengikut bacaan tersebut.
2) Guru menerangkan adab-adab beristinjak.
Bahan bantu mengajar :
1) Gambar rajah

Strategi : Berpusatkan bahan

Nilai : Khusyuk, berdisiplin dan taat.
Penilaian
(5min)

Aktiviti penilaian berdasarkan isi pelajaran :

1) Batu ialah ____ beristinjak.
2) Beristinjak ialah membersihkan qubul dan ____ selepas membuang air besar atau kecil.
1) Guru membuat aktiviti soal jawab  kepada pelajar

2) Guru bersoal jawab dengan murid menggunakan aktiviti mengisi tempat kosong.
Bahan bantu mengajar :
1) Lembaran kerja

Strategi berpusatkan murid

Nilai : Berdisiplin, patuh, taat
Penutup
(3min)
Rumusan isi apa yang dipelajari.
1) Guru membuat rumusan mengenai tajuk istinjak.
2) Menyatakan kefahaman murid mengenai topik yang dipelajari.
Kemahiran :
1) Rumusan
2) berdaya saing

Strategi berpusatkan murid dan guru

Catatan refleksi : Kami sangat bersyukur dan berasa sangat berpuas hati dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Hal ini kerana, ramai pelajar yang menumpukan sepenuh perhatian mereka sebaik sahaja saya ingin memulakan pelajaran. Mereka sangat tertarik untuk belajar membuatkan saya seronok. Namun penambahbaikan pedagogi saya akan perbaiki dari semasa ke semasa.


No comments:

Post a Comment