Friday, January 11, 2019

10 RPH INDIVIDU IBADAT DARJAH 2 (NAJIS)


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN IBADAT DARJAH 2

NAMA GURU  :
 1) NUR ALIAH NAJIHA BINTI MOHD FUAD
MATA PELAJARAN : IBADAT (DARJAH 2)
KELAS : 2 IBNU SINA
TARIKH : 4  DISEMBER 2018
MASA : 2.30PM-3.30PM
BILANGAN : 20 ORANG
TAJUK : NAJIS
KEMAHIRAN : MEMBACA, MENDENGAR, MENULIS, BERKOMUNIKASI,BERFIKIR
KAEDAH :
PENGETAHUAN SEDIA ADA :
1)      MAKSUD NAJIS SECARA UMUM
2)      CARA BERSIHKAN DIRI DARI NAJIS
HASIL PEMBELAJARAN :
1)      MENGETAHUI BAHAGIAN-BAHAGIAN NAJIS
2)      CARA MEMBERSIHKAN NAJIS 
KEMAHIRAN BERFIKIR : SOAL JAWAB, MERUMUS, MEMBANDING BEZA DAN BERFIKIR
PENERAPAN NILAI : DISIPLIN DAN TERTIB
BAHAN BANTU MENGAJAR : KITAB, KOMPUTER RIBA, LCD, BUKU SKRAP

MASA/ LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
(2min)
Bacaan doa belajar :

Bismillahirrahmanirahim
Allahummaf tah ‘alaina hikmataka wansyur ‘alaina min khozaaa ini rahmatika yaa arhamarahimin
1) Guru meminta murid untuk membaca doa belaajar dengan betul dan lancar.
2) Murid-murid membaca doa beserta bimbingan guru
Nilai :
Khusyuk dan patuh
Set induksi
(3min)
(Gambar rajah najis)
1) Guru bertanya murid apakah gambar tersebut?

(Gambar rajah muntah, khinzir,air kencing bayi, darah )
1)Guru menunjukkan kepada murid gambar-gambar ini.
2) Guru bertanya kepada murid apa yang mereka faham mengenai gambar-gambar yang telah ditunjukkan itu.
Kemahiran berfikir :
1)Membuat pemerhatian

Nilai :
1)            Patuh
2)            Taat

Strategi pusatkan bahan

BBM :
1) Gambar rajah
Langkah 1
(5min)
1) Guru menerangkan maksud najis dari segi bahasa dan istilah.
2) Guru menyatakan contoh-contoh benda najis seperti  tahi, air kencing, darah, muntah dan arak.
1) Guru menunjukkan kepingan kad manila pembahagian najis yang terbahagi kepada tiga iaitu mughalazah, mutawasitah dan muhaffafah
Bahan bantu mengajar :
1) Gambar rajah
2) Kad manila

Strategi :
Berpusatkan bahan

Nilai : Khusyuk, berdisiplin dan taat.
Langkah 2
(7min)
(Kad manila yang telah dipotong mengikut jenis najis)
1)mughalazah
2)mutawasitah
3)muhaffafah

Guru mempamerkan kad yang pertama :
mughalazah
(Kad mughalazah)
1)Guru menerangkan apakah itu maksud najis mughalazah.
2) Guru memberikan contoh najis mughalazah melalui gambar iaitu anjing dan khinzir.
Bahan bantu mengajar :
1) Gambar rajah
2) Kad manila

Strategi : Berpusatkan bahan

Nilai : Khusyuk, berdisiplin dan taat.
Langkah 3
(5min)
Guru mempamerkan kad yang kedua dan ketiga :
Mutawasitah dan muhaffafah
(Kad mutawasitah)
1) Guru menerangkan apakah maksud najis mutawasitah

 (Kad muhaffafah)
1) Guru menerangkan apakah maksud najis muhaffafah
2) Guru memberi contoh iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan apa-apa selain susu ibunya dan umurnya belum mencapai 2 tahun.

Bahan bantu mengajar :
1) Gambar rajah
2) Kad manila

Strategi : Berpusatkan bahan

Nilai : Khusyuk, berdisiplin dan taat.
Penilaian
(5min)
Aktiviti penilaian berdasarkan isi pelajaran :

1. Khinzir ialah najis _____

2. Bangkai haiwan adalah najis kecuali ikan dan _____

1) Guru membuat aktiviti soal jawab  kepada pelajar

2) Guru bersoal jawab dengan murid menggunakan aktiviti mengisi tempat kosong.
Bahan bantu mengajar :
1) Lembaran kerja

Strategi berpusatkan murid

Nilai : Berdisiplin, patuh, taat
Penutup

Rumusan isi apa yang dipelajari.
1) Guru membuat rumusan mengenai tajuk air
2) Menyatakan kefahaman murid mengenai topik yang dipelajari.
Kemahiran :
1) Rumusan
2) berdaya saing

Strategi berpusatkan murid dan guru

Catatan refleksi : Kami sangat bersyukur dan berasa sangat berpuas hati dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Hal ini kerana, ramai pelajar yang menumpukan sepenuh perhatian mereka sebaik sahaja saya ingin memulakan pelajaran. Mereka sangat tertarik untuk belajar membuatkan saya seronok. Namun penambahbaikan pedagogi saya akan perbaiki dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment