Friday, January 11, 2019

10 RPH INDIVIDU IBADAT DARJAH 2 (AZAN)


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN IBADAT DARJAH 2

NAMA GURU  :
 1) NUR ALIAH NAJIHA BINTI MOHD FUAD
MATA PELAJARAN : IBADAT (DARJAH 2)
KELAS : 2 IBNU SINA
TARIKH : 2 DISEMBER 2018
MASA : 2.30PM-3.30PM
BILANGAN : 20 ORANG
TAJUK : AZAN
KEMAHIRAN : MEMBACA, MENDENGAR, MENULIS, BERKOMUNIKASI,BERFIKIR
KAEDAH : SIMULASI
PENGETAHUAN SEDIA ADA :
1)      MENYEBUT LAFAZ AZAN
HASIL PEMBELAJARAN :
1)      MEMBACA DOA SELEPAS AZAN
2)      MEMPRAKTIK AZAN SENDIRI
KEMAHIRAN BERFIKIR : SOAL JAWAB, MERUMUS, MEMBANDING BEZA DAN BERFIKIR
PENERAPAN NILAI : DISIPLIN
BAHAN BANTU MENGAJAR : KITAB, KOMPUTER RIBA, LCD

MASA/ LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
(2min)
Bacaan doa belajar
1) Guru meminta murid untuk membaca doa belajar dengan betul dan lancar.
2) Murid-murid membaca doa beserta bimbingan guru
Nilai :
Khusyuk dan patuh
Set induksi
(3min)
(Guru melaungkan azan)
1) Guru bertanya kepada murid apa yang mereka faham mengenai situasi tadi.
2) Guru menerangkan tajuk yang akan dipelajari pada hari ini.
Kemahiran berfikir :
1)Membuat pemerhatian

Nilai :
1)            Patuh
2)            Taat

Strategi pusatkan bahan

BBM :
1) Gambar rajah
Langkah 1
(5min)

Pengertian azan
1) Guru menerangkan maksud azan.
2) Guru menerangkan bahawa gelaran bagi orang yang melaungkan azan dipanggil mu’azzin.
Bahan bantu mengajar :
1) Gambar rajah
2) Kad manila

Strategi :
Berpusatkan bahan

Nilai : Khusyuk, berdisiplin dan taat.
Langkah 2
(7min)

Tujuan azan
1) Guru menerangkan tujuan azan.
2) Guru menerangkan bahawa azan ini untuk meningkatkan syiar Islam.
Bahan bantu mengajar :
1) Gambar rajah

Strategi : Berpusatkan bahan

Nilai : Khusyuk, berdisiplin dan taat.
Langkah 3
(5min)

Hukum azan
1) Guru menerangkan hukum azan kepada murid.
2) Guru menerangkan syarat bagi mu’azzin.
Bahan bantu mengajar :
1) Gambar rajah

Strategi : Berpusatkan bahan

Nilai : Khusyuk, berdisiplin dan taat.
Penilaian
(5min)

Aktiviti penilaian berdasarkan isi pelajaran :

1) Azan ialah ____ memanggil orang ramai untuk solat.
2) Gealaran bagi orang yang melaungkan azan ialah _____.

1) Guru membuat aktiviti soal jawab  kepada pelajar

2) Guru bersoal jawab dengan murid menggunakan aktiviti mengisi tempat kosong.
Bahan bantu mengajar :
1) Lembaran kerja

Strategi berpusatkan murid

Nilai : Berdisiplin, patuh, taat
Penutup
(3min)
Rumusan isi apa yang dipelajari.
1) Guru membuat rumusan mengenai tajuk azan.
2) Menyatakan kefahaman murid mengenai topik yang dipelajari.
Kemahiran :
1) Rumusan
2) berdaya saing

Strategi berpusatkan murid dan guru

Catatan refleksi : Kami sangat bersyukur dan berasa sangat berpuas hati dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Hal ini kerana, ramai pelajar yang menumpukan sepenuh perhatian mereka sebaik sahaja saya ingin memulakan pelajaran. Mereka sangat tertarik untuk belajar membuatkan saya seronok. Namun penambahbaikan pedagogi saya akan perbaiki dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment