Friday, January 11, 2019

10 RPH INDIVIDU IBADAT DARJAH 2 (AIR)


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN IBADAT DARJAH 2

NAMA GURU  :
 1) NUR ALIAH NAJIHA BINTI MOHD FUAD
MATA PELAJARAN : IBADAT (DARJAH 2)
KELAS : 2 IBNU SINA
TARIKH : 2 DISEMBER 2018
MASA : 2.30PM-3.30PM
BILANGAN : 20 ORANG
TAJUK : AIR
KEMAHIRAN : MEMBACA, MENDENGAR, MENULIS, BERKOMUNIKASI,BERFIKIR
KAEDAH : SIMULASI
PENGETAHUAN SEDIA ADA :
1)      MANFAAT AIR KEPADA KEHIDUPAN SEHARIAN
2)      JENIS AIR YANG SAH DIBUAT BERSUCI
3)      AIR ADALAH SALAH SATU NIKMAT BUAT MANUSIA
HASIL PEMBELAJARAN :
 1) MURID DAPAT MENYATAKAN 2 KEPENTINGAN MENJAGA KEBERSIHAN
2) MURID DAPAT MENYATAKAN 3 JENIS AIR YANG SAH DIBUAT BERSUCI
KEMAHIRAN BERFIKIR : SOAL JAWAB, MERUMUS, MEMBANDING BEZA DAN BERFIKIR
PENERAPAN NILAI : DISIPLIN DAN TOLONG MENOLONG
BAHAN BANTU MENGAJAR : KITAB, KOMPUTER RIBA, LCD, BUKU SKRAP



MASA/LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PNP
CATATAN
Pendahuluan
(2min)
Ucapan salam dan bacaan doa
1)      Guru meminta pelajar untuk membacakan doa
2)      Guru dan pelajar membaca doa bersama
Nilai : Khusyuk
Set induksi
(5min)
(Tayangan video kartun mengenai air)

1) Guru bertanya kepada murid apa yang mereka faham mengenai video tadi.
2) Guru menerangkan mengenai air.
Kemahiran berfikir :
1)Membuat pemerhatian

Nilai :
1)            Patuh
2)            Taat

Strategi pusatkan bahan

BBM :
1) video
2) “flashcard”
Langkah 1
(5min)
Pengertian air
1) Guru meminta murid membaca mengenai pengertian air.
2) Guru menjelaskan mengenai pengertian air dengan lebih terperinci.
Bahan bantu mengajar :
1) video
2) “flashcard”

Strategi :
Berpusatkan bahan

Nilai : Khusyuk, berdisiplin dan taat.
Langkah 2
(7min)

Kepentingan menjaga kebersihan
1) Guru mengeluarkan “flashcard” mengenai kepentingan menjaga kebersihan.
2) Guru meminta murid menampal kad tersebut di hadapan.
3) Guru menerangkan kepentingan menjaga kebersihan.
Bahan bantu mengajar :
1) video
2) “flashcard”

Strategi : Berpusatkan bahan

Nilai : Khusyuk, berdisiplin dan taat.
Langkah 3
(5min)
Air adalah nikmat yang paling berharga
1) Guru meminta murid membaca teks.
2) Guru menjelaskan mengenai nikmat air.
Bahan bantu mengajar :
1) video
2) “flashcard”

Strategi : Berpusatkan bahan

Nilai : Khusyuk, berdisiplin dan taat.
Penilaian
(5min)
Aktiviti penilaian berdasarkan isi pelajaran :

1) Air adalah cecair yag terbentuk daripada _____ dan hidrogen.

2) Menjaga kebersihan merupakan satu_____ agama.
1) Guru membuat aktiviti soal jawab  kepada pelajar

2) Guru bersoal jawab dengan murid menggunakan aktiviti mengisi tempat kosong.
Bahan bantu mengajar :
1) Lembaran kerja

Strategi berpusatkan murid

Nilai : Berdisiplin, patuh, taat
Penutup
(3min)
Rumusan isi apa yang dipelajari.
1) Guru membuat rumusan mengenai tajuk air
2) Menyatakan kefahaman murid mengenai topik yang dipelajari.
Kemahiran :
1) Rumusan
2) berdaya saing

Strategi berpusatkan murid dan guru

Catatan refleksi : Kami sangat bersyukur dan berasa sangat berpuas hati dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Hal ini kerana, ramai pelajar yang menumpukan sepenuh perhatian mereka sebaik sahaja saya ingin memulakan pelajaran. Mereka sangat tertarik untuk belajar membuatkan saya seronok. Namun penambahbaikan pedagogi saya akan perbaiki dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment