Friday, January 11, 2019


(4) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Nama Guru
Siti Nur Solehah binti Adenan.
Mata Pelajaran
Ibadat darjah 2.
Kelas
As-Saffat.
Tarikh
12 Mac 2018.
Masa
2:30 – 3:30.
Bilangan
20 orang.
Tajuk
Qadak Hajat (Istinjak)
Kemahiran
Pandang dengar, menulis.
Kaedah
Pemudahcara, pembelajaran masteri
Pengetahuan Sedia Ada
Pelajar telah mendapati mengukur tahap pengetahuan mereka tentang qadak hajat itu selepas buang air besar atau air kecil.
Hasil Pembelajaran
1) Mendefinasikan bagi ertinya istinjak dengan betul.
2) Tuliskan empat alat-alat istinjak dengan tepat.
3) Senaraikan tiga adab-adab ketika beristinjak.
Kemahiran Berfikir
Membuat kesimpulan, kemahiran belajar, meyelesaikan masalah.
Penerapan Nilai
Menjaga kebersihan dan rajin.
Bahan Bantu Mengajar
Komputer riba, LCD, gambar alat-alat istinjak, kitab, slide.















Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti PnP
Catatan
Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam dan bacaan doa pelajaran.

بسم الله الرحمن الرحيم . الله م افتح علينا حكمتك وانشر علينا من جزاءن رحمتك ياارحم الراحمين


- Guru meminta murid-murid membaca doa pelajaran sebelum bermulanya pengajaran dan pembelajaran.
- Guru dan murid-murid membaca doa pelajaran bersama-sama sambil berdiri.
- Guru memberi murid-murid duduk.
Nilai :
Khusyuk dan bersungguh-sungguh.














Set Induksi
(5 minit)

Daun Kering

Tisu

Batu

Air Paip







1) Apakah yang ada di dalam gambar dan barang-barang yang ada di hadapan itu?

Andaian jawapan :
Tisu, daun, batu dan air mineral/air paip.

2) Tahukah murid-murid kesemua peralatan itu untuk apa?

Andaian jawapan :
Tidak tahu.

- Guru akan menampal gambar-gambar alatan istinjak di papan putih.
- Guru membawa peralatan secara maujud ke dalam kelas.
- Guru bertanya kepada murid-murid barang tersebut boleh dibuat bersuci atau tidak.
- Murid akan berbincang sesama rakannya dan yang berasa yakin untuk menjawab akan bangun dari tempat duduknya.
- Guru akan kaitkan bahan bantu mengajar itu dengan tajuk pembelajaran pada hari ini.
Kemahiran berfikir :
Berbincang.

Strategik :
Berpusatkan guru dan bahan.

Pendekatan :
Deduktif.

Nilai :
Menjaga kebersihan diri dan tempat.
Langkah 1
(7 minit)
Pengertian Istinjak :
Membersihkan qubul dan dubur selepas membuang air besar dan air kecil dari kotoran dan cairan selain daripada mani.

Nama lain bagi istinjak ialah cibuk.

Hukum :
Wajib.
- Guru akan menjelaskan lagi mengenai pengertian istinjak ini dengan lebih terperinci.
- Guru sentiasa menerangkan tajuk ini dengan lebih teliti untuk pelajar faham apa itu istinjak.
- Guru perlu menjelaskan kepada pelajar hukum selepas istinjak wajib sampai bersih.
Strategik :
Berpusatkan bahan dan guru.

Pendekatan :
Induktif.

Teknik :
Pemudahcara.

Aktiviti :
Mendengar.

Kemahiran :
Murid-murid boleh faham istinjak dengan gunakan bahasa yang mudah.

Alat Bantu Mengajar :
Kitab, barang-barang maujud.


Langkah 2
(6 minit)
Alat-alat Istinjak :
*batu
*tisu
*daun kering
*air mutlak
- Guru menerangkan satu per satu cara menggunakan alat itu ketika beristinjak.
- Guru akan memberi contoh untuk istinjak.
- Guru akan bahagikan dua kumpulan untuk berbincang mengenai bila waktu kita hendak menggunakan alat-alat ini.
- Murid akan menjawab mengikut kumpulan yang ditetapkan oleh guru.
- Murid menjawab soalan kemudian baru guru terangkan.
Kemahiran :
Pandang dengar.


KBKK :
Berfikir, bincang.

Strategik :
Berpusatkan murid, bahan dan guru.


langkah 3
(7 minit)
Adab Beristinjak :
1) Menggunakan air mutlak secukupnya.
2) Beristinjak menggunakan tangan kiri.
3)beristinjak sehingga hilang bau, warna dan rasa najis.
4) Membaca doa selepas beristinjak di luar tandas.

Doa Selepas Beristinjak :

اللهم طهر قلبي من الففاق وحصن فرجي من الفواحش.


Ertinya : ya Allah, sucikanlah hatiku daripada nifa’ dan lindungi kehormatanku daripada kejahatan.

- Guru akan menerangkan mengenai adab-adab beristinjak sehingga pelajar boleh lakukan di dalam kehidupan hariannya.
- Guru akan membaca terlebih dahulu doa selepas istinjak dan diikuti oleh pelajar.
- Guru akan menyuruh pelajar menghafal doa selepas istinjak supaya pelajar ingat sampai bila-bila.
Kaedah :
Pembelajaran masteri.

KBKK :
Memastikan murid-murid boleh menghafal dan menulis semula doa ini pada kertas kosong.

Alat Bantu Mengajar :
Slide, kitab, LCD, komputer riba, kertas kosong.


Penutup
(5 minit)
Membuat ulasan mengenai tajuk-tajuk yang telah dipelajari tadi.
- Guru akan merumuskan mengenai kesemua isi pelajaran pada hari ini kepada pelajar.
- Guru akan pastikan murid-murid dapat apa yang diajarkan oleh guru sehingga tamatnya pembelajaran.
KBKK :
Kemahiran merumus perlu singkat, tepat dan padat tentang tajuk pembelajaran pada hari ini.

Nilai :
Menjaga kebersihan, disiplin.

Catatan refleksi : saya berasa amat menyeronokkan pada hari ini kerana segala pembelajaran berlangsung dengan baik sekali. Walaupun, murid-murid ada yang tidak faham mengenai beristinjak tetapi diajar semula dengan menggunakan bahasa yang sesuai untuk pelajar tersebut sehingga pelajar itu faham sepenuhnya. Ini lagi menunjukkan saya berasa puas hati kerana pelajar-pelajar ini boleh menerima ilmu dan terus ingat untuk digunakan dalam kehidupan harian mereka dengan cara sempurna.

Ulasan pensyarah guru pemimbing :
Disediakan oleh :                                     Disahkan oleh :

(                                             )              (                                                    )


No comments:

Post a Comment